Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Upko pertahan Proklamasi Malaysia. Tidak harus ada proklamasi lain: Ewon
Published on: Monday, May 08, 2023
Published on: Mon, May 08, 2023
Text Size:
Text:
Upko pertahan Proklamasi Malaysia. Tidak harus ada proklamasi lain: Ewon
EWON (kelima dari kiri) serta yang lain melakukan gimik perasmian sambutan itu.
TAMPARULI: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick berkata, parti itu mempertahankan Proklamasi Malaysia dan tidak harus ada proklamasi lain.

Sehubungan itu katanya, Parti Upko menolak mana-mana gerakan yang ingin mengadakan proklmassi berunsur perkauman.

Advertisement
“Saya ada membaca beberapa orang atau pihak yang ingin mendapatkan sokongan kepada proklamasi mereka yang mereka panggil sebagai Proklamasi Orang Melayu.

“Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kerana bagi Upko dan saya, kita hanya ada satu proklamasi iaitu Proklamasi Malaysia dan proklamasi inilah yang menjadi dokumen penting kepada pengisytiharan penubuhan Malaysia,”   katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Kaamatan Upko dan Penuputan Karnival Usahawan dan Koperasi Madani, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, di sini, pada Ahad.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sekiranya semua kaum mahu membuat proklamasi, pastinya akan memberi kesan kepada perpaduan kaum di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

Advertisement
 “Kalau semua kaum mahu buat proklamasi, apa implikasinya kepada perpaduan yang selama ini kita usahakan? Bukan mudah untuk mengurus kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

 “Sabah sebagai satu wilayah yang sudah lama menjadi contoh kopada keharmonian kaum dan agama perlu mempertahankan Proklamasi Malaysia,” katanya.

Advertisement
Beliau menambah, sebagai rakan dalam pimpinan Sabah, beliau akan berusaha memastikan rakyat negeri ini tidak menyertai mana-mana usaha untuk membuat proklamasi berunsurkan kepentingan satu-satu kaum tertentu sahaja.

“Apa yang kita mahu ialah Sabah mempertahankan apa yang ditandatangi oleh pemimpin Sabah pada tahun 1963 iaitu Perjanjian Malaysia dan  selepas  Perjanjian Malaysia dibuat proklamasi Malaysia sebagai pengisytiharan penubuhan. Ini yang kita mesti pertahan dan laksanakan,” katanya.

Mengenai Sambutan Kaamatan, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, sambutan Kaamatan Upko adalah acara tradisi yang dianjurkan parti itu setiap tahun.

“Semasa kita berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini, kita hanya mengadakan sambutan ini secara maya dan hari ini kita mengadakannya secara fizikal dan saya berpuas hati dengan kehadiran para pengunjung yang berbilang kaum, bangsa dan agama,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) kerana mengambil bahagian dalam pameran dan memberi penerangan melalui kaunter perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

“Pada pandangan saya, ini penting dan wajar bagi kerajaan melalui agensi-agensi membuka kaunter perkhidmatan supaya peranan mereka dapat disampaikan kepada rakyat terutama para pengunjung yang hadir pada sambutan Kaamatan,” katanya.

Turut hadir Presiden Kehormat Upko Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Wilfred Madius Tangau dan para pemimpin setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here