Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Patuhi arahan pemakaian baju sukan di sekolah: Ariffin
Published on: Monday, May 08, 2023
Published on: Mon, May 08, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Patuhi arahan pemakaian baju sukan di sekolah: Ariffin
Ariffin turut bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah, termasuklah merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran memandangkan cuaca yang tidak menentu.
Kota Kinabalu: Pemakaian baju sukan bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid, guru dan kakitangan pelaksana sekolah bagi menghadapi fenomena cuaca panas yang melanda kini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif.

Justeru, beliau meminta pihak pentadbir, pengetua dan guru besar sekolah agar melaksanakannya dengan baik, termasuk memastikan baju sukan yang dipakai oleh murid-murid adalah sopan dan tidak perlu menetapkan warna pakaian selain mematuhi peraturan ditetapkan.

Advertisement
“Kebenaran khas (pemakaian baju sukan) yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini mengambil kira keadaan semasa bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

“Saya yakin pengetua dan guru besar dapat mengurus penyuraian murid semasa balik bagi mengelak suasana yang kritikal di waktu tengah hari,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ariffin turut bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah, termasuklah merentas desa, kawad, sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran memandangkan cuaca yang tidak menentu.

Baru-baru ini KPM memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here