Kota Kinabalu: Kadazan Hisang Piginavaan, ciptaan Minami Sugali Anduini, muncul sebagai juara utama dalam Anugerah Lagu Etnik Sabah (AJLES) yang julung kali diadakan.Gembira dengan kemenangan itu, Minami berkata dia cuba mencipta lagu terbaik menerusi Hisang Piginavaan dengan menggabungkan pelbagai jenis muzik ke dalam karya itu.
“Lagu ini digubah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan asalnya dinyanyikan oleh Lenny James, tetapi malam ini (Sabtu), ia dibawakan oleh rakan baik Lenny, Cathy Woritus,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah di Auditorium Kompleks Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabtu.
Hisang Piginavaan, katanya, mengisahkan tentang kisah cinta sepasang kekasih yang terputus di tengah jalan.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






