Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SESB sedia alat jana kuasa mudah alih di lokasi strategik
Published on: Tuesday, May 09, 2023
Published on: Tue, May 09, 2023
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
SESB sedia alat jana kuasa mudah alih di lokasi strategik
Yaakob berkata ini adalah kaedah untuk menjawab isu penjanaan kuasa yang melanda negeri berikutan beberapa kerosakan yang berlaku pada janakuasa elektrik besar milik Loji Jana Kuasa Bebas (IPP) dan SESB.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membekalkan alat jana kuasa  mudah alih ke beberapa lokasi strategik sebagai tindakan proaktif untuk meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata ini adalah kaedah untuk menjawab isu penjanaan kuasa yang melanda negeri berikutan beberapa kerosakan yang berlaku pada janakuasa elektrik besar milik Loji Jana Kuasa Bebas (IPP) dan SESB.

Advertisement
Sejak 2 Mei lalu, Yaakob menyatakan 11 set jana kuasa mudah alih berkapasiti 4 Megawatt (MW) telah dipasang dan (kini) beroperasi di beberapa lokasi strategik di Kota Kinabalu dan Tawau.

“(Tindakan) ini bertujuan membantu sistem grid Sabah dan mengurangkan pelaksanaan catuan bekalan (elektrik),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Janakuasa mudah alih yang digunakan dijangka beroperasi selama dua minggu sehingga 17 Mei.

Beliau juga berkata sistem grid negeri dijangka kembali kepada keadaan biasa apabila dua stesen IPP dan SESB beroperasi semula seperti sebelum ini.

Advertisement
Pada 3 Mei lalu, dilaporkan bahawa lonjakan permintaan elektrik berikutan cuaca panas menyebabkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjadualkan pemotongan bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah bagi menstabilkan grid kuasa.

Ia menyatakan bahawa cuaca panas secara tidak langsung telah meningkatkan permintaan elektrik di negeri ini.

Advertisement
Secara purata, syarikat itu berkata, permintaan pada waktu puncak bagi wilayah Sabah adalah sekitar 970 megawatt (MW).

Pada 26 April, Sabah mencatatkan permintaan maksimum tertinggi setakat tahun ini iaitu 1,029MW.

Syarikat itu berkata kapasiti penjanaan elektrik semasanya mampu memenuhi permintaan tetapi ia terhalang apabila beberapa loji penjanaan kuasa rosak baru-baru ini.

Kerosakan di loji janakuasa bebas (IPP) yang menjana 100MW pada 12 April memaksa pemotongan berjadual disebabkan oleh penurunan bekalan keseluruhan ke grid Sabah.

SESB berkata ia perlu menjadualkan pemotongan elektrik di beberapa daerah untuk menstabilkan grid dan memastikan seluruh Negeri daripada mengalami gangguan bekalan.

Jumaat lepas, Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa SESB menyediakan pelan tindakan alternatif bagi mengatasi ketidakupayaan membekalkan tenaga elektrik berterusan kepada rakyat kerana tidak lagi boleh bergantung kepada kapasiti sedia ada berikutan keperluan elektrik semakin meningkat dari hari ke hari.

Presidennya David Chan berkata persatuan itu kesal kerana SESB nampaknya tidak mempunyai rancangan konkrit untuk menangani cabaran, terutama dengan cuaca panas luar biasa yang memaksa SESB mencatu bekalan elektrik.

Beliau berkata SESB harus mula mengeluarkan projek jangka panjang seperti tenaga solar dan stesen simpanan tenaga yang bukan sahaja menguntungkan tetapi juga membantu dalam menyediakan dan memenuhi keperluan orang ramai terhadap bekalan elektrik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here