Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis ambil lebih 10 keterangan berkait buli pelatih tentera udara
Published on: Tuesday, May 09, 2023
Published on: Tue, May 09, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis ambil lebih 10 keterangan berkait buli pelatih tentera udara
Polis sedang mengumpulkan saksi termasuk penyelia pelatih terlibat untuk melengkapkan siasatan berkait buli di Pangkalan Udara Kuantan.
KUANTAN: Polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata ia termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih didakwa melakukan perbuatan itu.

Advertisement
“Mereka dipanggil memberi keterangan sebaik sahaja pihak kami menerima laporan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan dengan semua pihak termasuk TUDM memberikan kerjasama yang baik.

“Kami sedang mengumpulkan sebanyak mana saksi termasuk penyelia pelatih terlibat untuk melengkapkan siasatan, sebelum kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan khas sempena pertukaran ketua polis Pahang di IPK Pahang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ramli yang menerajui polis Pahang sejak Jun 2021 dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman mulai bulan ini dan tempat beliau diisi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Yahaya Othman.

Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.

Advertisement
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Sementara itu dalam ucapannya, Ramli mengingatkan warga polis Pahang untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan termasuk dalam kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran teknikal dan kemahiran insani (soft skill) seperti komunikasi, untuk menempa kejayaan lebih baik.

Advertisement
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan ketua polis Pahang kepada 43 warga kontinjen tersebut serta tujuh orang awam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here