Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiada lagi beg plastik pada 2025, kata menteri
Published on: Tuesday, May 09, 2023
Published on: Tue, May 09, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Tiada lagi beg plastik pada 2025, kata menteri
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan adalah empat negeri yang ke hadapan dalam pelaksanaan kempen bebas beg plastik. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan menyasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada 2025.

Katanya, setakat ini pelaksanaan dibuat secara berfasa dari premis tetap sebelum beralih secara berperingkat kepada premis perniagaan termasuk warung atau peniaga gerai tepi jalan.

Advertisement
“Cuma cara pelaksanaan dan (kadar caj yang dikenakan serta kekerapan serahan kutipan) kita sudah berikan ruang pada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mereka (kerajaan negeri dan PBT) ada konteks tersendiri.

“Pendekatan kita bukan hanya denda (jika peniaga masih membekalkan beg plastik pada 2025) sebaliknya, ada insentif dalam menggalakkan peralihan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Perincian mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speed Mart, Klang.

Advertisement
Nik Nazmi berkata, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan adalah empat negeri yang ke hadapan dalam pelaksanaan kempen bebas beg plastik.

Katanya, kempen itu satu daripada pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia.

Advertisement
“Sampah plastik adalah masalah besar di negara ini malah Malaysia berada antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

“Berdasarkan laporan World Wildlife Fund (WWF), anggaran penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia mencecah 148,000 metrik tan, bagi tahun 2020,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here