Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Shahelmey bakal jadi Presiden Safa 
Published on: Wednesday, May 10, 2023
Published on: Wed, May 10, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Shahelmey bakal jadi Presiden Safa 
Beliau percaya Shahelmey adalah orang yang tepat untuk memimpin persatuan itu dengan pengetahuannya dalam bola sepak.
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya bakal menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) yang baharu Sabtu ini apabila Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan negeri itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Timbalan Presiden Datuk Abdul Rahman Zakaria dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin berkata Shahelmey adalah satu-satunya calon yang dicalonkan dan beliau telah menerima jawatan itu.

Advertisement
Beliau percaya Shahelmey adalah orang yang tepat untuk memimpin persatuan itu dengan pengetahuannya dalam bola sepak.

“Saya akan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Datuk Shahelmey untuk menerajui Safa. Ia demi kemajuan bola sepak di negeri ini kerana sudah diketahui bahawa penglibatan Datuk Shahelmey dalam bola sepak negeri bukanlah sesuatu yang baru.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pengalaman dan pengetahuan beliau dalam hal berkaitan bola sepak sudah tentu akan membantu Safa untuk berfungsi dengan lebih baik. Saya dan semua ahli gabungan lain yakin beliau mampu menerajui persatuan dan meningkatkan lagi imej bola sepak di Sabah,” katanya.

Sementara itu, semua jawatan lain dalam Safa termasuk timbalan presiden, naib presiden dan ahli majlis tertinggi akan dipertandingkan.

Advertisement
Rahman memberi jaminan bahawa mesyuarat/ pemilihan akan dijalankan mengikut perlembagaan persatuan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here