Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki bebas tuduhan rogol saudara, 10
Published on: Wednesday, May 10, 2023
Published on: Wed, May 10, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki bebas tuduhan rogol saudara, 10
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 27 tahun dibebaskan daripada pertuduhan merogol saudaranya yang berusia 10 tahun, tanpa memintanya membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu terhadap tertuduh selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu pada Selasa.

Advertisement
Dalam membuat keputusan itu, mahkamah antara lain berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan persetubuhan telah berlaku antara mangsa dan tertuduh.
Lelaki itu kemudiannya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa memintanya membela diri. Dia didakwa merogol kanak-kanak itu pada 2018 di dalam bilik sebuah rumah di Kota Belud.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Lima saksi telah dipanggil dalam perbicaraan yang telah bermula pada 2021.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin manakala lelaki itu diwakili peguam Intan Timor Samsudin. Mahkamah memerintahkan wang jaminan yang telah dibayar lelaki itu, dikembalikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here