Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Perpaduan akan kekal utuh: Jeffrey
Published on: Thursday, May 11, 2023
Published on: Thu, May 11, 2023
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Kerajaan Perpaduan akan kekal utuh: Jeffrey
Jeffrey berkata keadaan sekarang lebih baik dan tidak seperti tahun-tahun ketidaktentuan sebelumnya. - Foto FMT
Kota Kinabalu: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal utuh, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Jeffrey, juga timbalan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata keadaan sekarang lebih baik dan tidak seperti tahun-tahun ketidaktentuan sebelumnya.

Advertisement
“Saya melihat kerajaan (Persekutuan) ini lebih kuat dan disokong oleh semua masyarakat, dan ia juga inklusif dan pelbagai...dan saya fikir ia akan kekal,” katanya selepas tayangan khas filem “Tribesman: The Last Red Hunter”, di sini , Rabu.

“GRS menyokong penuh Kerajaan Perpaduan, dan kami percaya bahawa keadaannya tidak seperti empat tahun lalu – keadaan sekarang berbeza kerana Kerajaan Perpaduan merangkumi semua orang.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahan pula, katanya, undang-undang anti lompat parti diwujudkan, mengukuhkan kerajaan.

Ketika ditanya mengenai enam pilihan raya negeri di semenanjung, beliau berkata beliau tidak berminat untuk mengulas mengenainya.

Advertisement
“Kami masih mempunyai dua tahun lagi di Sabah, dan kami akan menghabiskannya (penggal),” katanya.

 Sebelum ini, dilaporkan Anwar telah mencabar pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Persekutuan supaya membuat undi tidak percaya terhadapnya semasa persidangan Parlimen 22 Mei akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here