Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bila sekolah Sabah boleh ditutup
Published on: Thursday, May 11, 2023
Published on: Thu, May 11, 2023
Text Size:
Text:
Bila sekolah Sabah boleh ditutup
“Bagi suhu melebihi 35-37 darjah Celsius tiga hari berturut-turut, pihak pentadbir perlu menghentikan semua aktiviti luar. Sehingga hari ini, sekolah masih berjalan seperti biasa dengan meminimumkan aktiviti di luar bilik darjah,” kata Dr Mohd Arifin.
SEMUA pentadbir termasuk guru besar/pengetua sekolah atau institusi pendidikan di Sabah boleh menutup premis mereka apabila suhu melebihi 37 darjah Celsius.

Exco Pendidikan Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai penutupan itu secara bertulis sebagai medium komunikasi yang berkesan.

Advertisement
Pada masa sama, katanya, pihak pentadbir perlu peka dengan situasi gelombang haba semasa di sekolah atau institusi masing-masing.

“Bagi suhu melebihi 35-37 darjah Celsius tiga hari berturut-turut, pihak pentadbir perlu menghentikan semua aktiviti luar. Sehingga hari ini, sekolah masih berjalan seperti biasa dengan meminimumkan aktiviti di luar bilik darjah,” kata Dr Mohd Arifin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan memantau dan memaklumkan keadaan cuaca panas semasa dari masa ke masa.

Media nasional melaporkan pada 2 Mei, Kementerian Pendidikan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan kelas dalam talian jika sekolah ditutup sementara kerana cuaca panas.

Advertisement
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ahmad Rafee Che Kassim berkata sekiranya sekolah ditutup, hari ganti akan dicadangkan oleh pengarah pendidikan negeri masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here