Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Miliki syabu: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Thursday, May 11, 2023
Published on: Thu, May 11, 2023
Text Size:
Text:
Miliki syabu: Lelaki diperintah bela diri
Aslan didakwa memiliki dadah itu pada 4.30 petang 26 Jun 2020 di hadapan Kedai Alat Telekomunikasi Lam Mobile Enterprise di Lorong Inanam, Inanam New Township, dekat sini.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun diperintah untuk membela diri atas pertuduhan memiliki 33.03 gram syabu.

Aslan Zaidi menerima perintah itu daripada Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Aslan pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 26 dan 27 Mei tahun ini untuk pembelaan Aslan.

Aslan didakwa memiliki dadah itu pada 4.30 petang 26 Jun 2020 di hadapan Kedai Alat Telekomunikasi Lam Mobile Enterprise di Lorong Inanam, Inanam New Township, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2(r) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi dalam perbicaraan itu.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tham Pou Jin yang menggantikan DPP Mas Izzaty Lokman hadir untuk pendakwaan. Sementara itu, Mahkamah Tinggi menjadualkan semula ke 16 Mei depan, keputusan kes membabitkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang didakwa mengedar 213.59 gram syabu.

Advertisement
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Christopher Chin Soo Yin menetapkan tarikh itu bagi Leong Kwang Yew yang kesnya sepatutnya dijadualkan untuk keputusan pada akhir pendakwaan.

Mahkamah memberitahu dia belum membaca hujahan kerana ia terdapat dalam sistem. Leong didakwa mengedar dadah itu pada 8.20 malam, 11 Sept 2018 di B-02-GC, tingkat dua Blok B, Jesselton Condominium, Jalan Bersatu, Damai di Luyang, dekat sini.– CDB

Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi semasa perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Agoes, manakala Leong diwakili oleh peguam P. J Perira.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here