Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah kaji guna plastik untuk asfalt jalan raya
Published on: Friday, May 12, 2023
Published on: Fri, May 12, 2023
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Sabah kaji guna plastik untuk asfalt jalan raya
Dr Mohd Arifin mendedahkan kajian itu merupakan salah satu kandungan MoA yang memfokuskan kepada kerjasama antara KSTI dan Petronas dalam hal berkaitan sains, teknologi dan inovasi. - Foto Bernama.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) sedang mengkaji penggunaan plastik untuk asfalt jalan raya.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata KSTI sedang menjalankan kajian mengenai inovasi itu.

Advertisement
“Kami sedang membuat kajian dan mencari tapak untuk menguji inovasi ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) tertutup antara KSTI dan Petronas Technology Venture Sdn Bhd di Magellan Sutera Harbour, di sini, Khamis.

Dr Mohd Arifin mendedahkan kajian itu merupakan salah satu kandungan MoA yang memfokuskan kepada kerjasama antara KSTI dan Petronas dalam hal berkaitan sains, teknologi dan inovasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu adalah gentian optik maya,” katanya sambil menambah pemeteraian MoA itu adalah susulan lawatannya ke pusat penyelidikan Petronas baru-baru ini.

“Kita lihat pusat penyelidikan Petronas sangat bagus untuk anak muda kita dan juga pegawai dan kakitangan kita di Sabah untuk dilatih di sana.

Advertisement
“Kita mohon agar pegawai atau saintis dari pusat penyelidikan ini juga dapat ditempatkan atau datang ke Sabah khususnya kepada Kementerian saya. Semoga kerjasama ini dapat diperluaskan dan memberi manfaat kepada Sabah,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut dihadiri Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Phoong Jin Zhe, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Datuk Bacho Pilong, Ketua Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab dan PFLNG Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Roshazli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here