KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghadapi gangguan bekalan air, menurut ciapan oleh Malaysia Airports di Twitter, pada Jumaat.
“Sebagai langkah segera, kami telah memaklumkan syarikat penerbangan untuk mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke BKI (Kota Kinabalu) manakala kedai F&B (makanan dan minuman) di lapangan terbang diminta menyediakan peralatan dan perkakas pakai buang.
“Kami juga akan menutup beberapa tandas buat sementara waktu sementara kami membeli air mineral secara pukal untuk diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang,” menurut ciapan itu.
Malaysia Airports juga berkata pihak mereka akan terus memberikan maklumat terkini daripada Jabatan Air Sabah berhubung situasi itu.