Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Buruh nafi pecah masuk, curi
Published on: Saturday, May 13, 2023
Published on: Sat, May 13, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Buruh nafi pecah masuk, curi
Ali didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan oleh Motion Array
Kota Kinabalu: Seorang buruh berusia 35 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan pecah masuk rumah dan mencuri.

Ali Rosli Baru mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas pertuduhan memecah masuk sebuah rumah di Jalan Likas di sini, bersama seorang rakan subahat yang masih bebas pada jam 1 pagi 3 Mei lalu, serta mencuri peti besi mengandungi dua kunci ganti sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Camry, pasport antarabangsa, serta pingat Datuk, ASDK dan BK.

Advertisement
Ali didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM8,000 atas sebab anggaran kerugian dalam kes itu ialah RM15,000, dan sebab bimbang tertuduh akan bertemu semula dengan rakan subahatnya kerana ia merupakan jenayah terancang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman, yang menggantikan peguam Nelson Angang, dan mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah dan mencadangkan tertuduh melaporkan diri di balai polis bagi memastikan kehadirannya di mahkamah.

Jessica menetapkan 14 Jun untuk sebutan dan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM3,500 dan dua penjamin serta memerintahnya melapor diri di balai polis dua kali sebulan.

Advertisement
Sementara itu, seorang pemandu lori didakwa menyerang seorang lelaki dengan pisau sayur.

Jumil Luantis, 32, yang hadir di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Sanran Kasidi, 36, dengan senjata itu pada 11.30 malam 27 April tahun ini di sebuah rumah di Kg Kepayan Baru, Manggatal.

Advertisement
Tiada pengakuan diambil daripada Jumil selepas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu dibacakan kepadanya.

Mahkamah menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula dan menawarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here