Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Perlu pelan kontigensi elak gangguan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu berulang
Published on: Sunday, May 14, 2023
Published on: Sun, May 14, 2023
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Perlu pelan kontigensi elak gangguan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu berulang
“”Kami sedang menyiasat mengapa (tiada bekalan air) kerana kerja dijalankan itu adalah penyelenggaraan berjadual, sepatutnya sebelum mula semua (kerja penyelenggaraan berjadual) pelan kontigensi telah diambil tetapi mengapa hingga tiada bekalan air di lapangan terbang,” kata Shahelmey.
PUTATAN: Isu gangguan bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah diselesaikan dengan bekalan mula pulih pada petang Jumaat, menurut Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau berkata, gangguan itu disebabkan kerja penyelenggaraan berjadual tangki air “R4C” yang sedang dicuci.

Advertisement
“”Kami sedang menyiasat mengapa (tiada bekalan air) kerana kerja dijalankan itu adalah penyelenggaraan berjadual, sepatutnya sebelum mula semua (kerja penyelenggaraan berjadual) pelan kontigensi telah diambil tetapi mengapa hingga tiada bekalan air di lapangan terbang,” kata Ahli Parlimen Putatan itu semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri-nya di Dewan Sri Putatan, di sini, Sabtu.

Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri III, berkata beliau menunggu laporan mengenai perkara itu dan telah meminta supaya langkah kontigensi disediakan untuk kerja penyelenggaraan pada masa akan datang untuk mengelak perkara seperti itu berulang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelum itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam ciapan pada Jumaat memberitahu semua penerbangan diminta untuk mengisi bekalan air pesawat di tempat asal sebelum berlepas ke KKIA, sementara premis makanan dan minuman di KKIA diminta untuk menyediakan peralatan pakai-buang.

Beberapa tandas di lapangan terbang itu juga ditutup sementara, manakala pihak MAHB membeli air mineral secara pukal untuk diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang.

Advertisement
Sementara itu, bagi masalah air di Sepanggar, beliau berkata perkhidmatan telah dipulihkan pada Khamis selepas gangguan bekalan pada minggu sebelumnya.

“Saya masih tidak puas hati dengannya dan saya mendapati ada kelemahan dalam infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya.

Advertisement
“Saya telah minta suatu jawatankuasa khusus dibentuk untuk mengkaji cara bagi menambah baik agihan bekalan air di sepanjang kawasan Pantai Barat Sabah,” katanya.

Pada Sabtu, 130 anak yatim piatu bukan saja menikmati makan tengah hari Aidilfitri tetapi juga menerima sumbangan daripada Shahelmey semasa majlis itu, yang dihadiri kira-kira 2,500 penduduk di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here