Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Komitmen selesai isu MA63 beri sinar kepada rakyat Sabah, Sarawak
Published on: Monday, May 15, 2023
Published on: Mon, May 15, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Komitmen selesai isu MA63 beri sinar kepada rakyat Sabah, Sarawak
Jeffrey berkata agenda MA63 perlu diselesaikan berikutan sejarah pembentukan Malaysia pada 1957 dilihat ‘terlepas pandang’ terhadap aspirasi Sabah dan Sarawak, sehingga memberi kesan kepada pembangunan kedua-dua negeri itu.
Kuala Lumpur: Komitmen serta usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan isu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak. 

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata agenda MA63 perlu diselesaikan berikutan sejarah pembentukan Malaysia pada 1957 dilihat ‘terlepas pandang’ terhadap aspirasi Sabah dan Sarawak, sehingga memberi kesan kepada pembangunan kedua-dua negeri itu.

Advertisement
“Apabila ditanya tentang jawatankuasa khas MA63, Perdana Menteri Ke-10 mengatakan apa perlu jawatankuasa itu lagi, laksanakan sahaja MA63. Inilah Perdana Menteri yang kita cari. Adakah Malaysia yang sebenar telah tiba? Kebangkitan negara bangsa.

“Bahkan, sekarang kita bangga pemimpin dari Borneo, Sarawak menjadi Timbalan Perdana Menteri, maka Malaysia adalah rumah untuk semua, kelompok majoriti sokong mereka yang minoriti dan begitu juga sebaliknya,” katanya ketika sesi Bicara Rakyat bertajuk Membina Negara Bangsa pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sesi sama berkata MCA akan sentiasa memainkan peranan sebagai ejen muhibah dan perpaduan dalam usaha mempertingkat keharmonian rakyat, demi kestabilan negara.

“Kita mahu rapatkan hubungan antara semua kaum di Malaysia. Kita menjernihkan air yang keruh dan bukannya mengeruhkan air yang jernih.

Advertisement
“Kestabilan politik sangat penting untuk dibina dan dipertahankan, kepentingan rakyat wajib diutamakan,” katanya. 

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penubuhan Kerajaan Perpaduan untuk menerajui pentadbiran negara membawa era baharu yang memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia menikmati kesejahteraan hidup.

Advertisement
Menteri Kerja Raya itu berkata Kerajaan Perpaduan yang membawa konsep Malaysia Madani juga boleh dianggap sebagai menekan butang ‘reset’ (set semula) untuk membaiki segala kesilapan yang telah dilakukan sepanjang negara menghadapi kemelut politik. 

“Kenapa kita perlu tekan butang ‘reset’? Ini kerana terdapat banyak kesilapan yang telah kita lakukan sepanjang tahun-tahun yang lepas dan oleh itu kita mesti kembali kepada prinsip asas supaya dapat mara ke hadapan secara bermakna,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here