Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Percepat laksana baki Lebuhraya Pan Borneo Sabah: Hajiji
Published on: Tuesday, May 16, 2023
Published on: Tue, May 16, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Percepat laksana baki Lebuhraya Pan Borneo Sabah: Hajiji
HAJIJI (kanan) berbincang dengan Fadillah ketika pertemuan itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah berbincang mengenai isu tersebut dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini pada Isnin.

Advertisement
“Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here