Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Majlis Belia KDCA sokong Coldplay buat konsert di Malaysia
Published on: Tuesday, May 16, 2023
Published on: Tue, May 16, 2023
Text Size:
Text:
Majlis Belia KDCA sokong Coldplay buat konsert di Malaysia
“Lagipun kehadiran ke konsert itu bukan paksaan atau melalui jemputan khas. Hanya peminat tegar Coldplay sahaja yang akan membeli tiket,” kata Steve.
Kota Kinabalu: Majlis Belia KDCA mempunyai pandangan berbeza dengan kenyataan seorang pemimpin parti politik baru-baru ini yang menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan terkenal Coldplay.

Pengerusinya, Steve Johnny Mositun, berkata Coldplay dikenali di seluruh dunia dan kehadiran mereka pastinya menarik ramai pelancong.

Advertisement
Beliau berkata, ia perlu dilihat dari sudut yang bertujuan memberi kesan kepada peningkatan ekonomi.

“Coldplay mempunyai jumlah peminat yang ramai di seluruh dunia bukan sahaja dari Asia. Ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk menonton persembahan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mengenai agama dan bangsa, pemimpin harus lebih sedar bahawa bukan hanya satu kaum sahaja yang menjadi peminat dan penyokong Coldplay tetapi rakyat pelbagai kaum dari seluruh dunia.

“Lagipun kehadiran ke konsert itu bukan paksaan atau melalui jemputan khas. Hanya peminat tegar Coldplay sahaja yang akan membeli tiket,” tegasnya.

Advertisement
Kumpulan muzik Britain itu mengesahkan mereka akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November ini.

Bagaimanapun, menurut Steve, ada pemimpin yang menggesa konsert itu dibatalkan yang mereka anggap “tidak membawa apa-apa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.”

Advertisement
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam catatan Facebook minggu lalu memuat naik vokalis, Chris Martin, mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London.

Dalam kapsyennya, Nasrudin menyeru Putrajaya bertanya sama ada ia membenarkan “hedonisme dan budaya songsang” di Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here