Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rogol: Tukang bersih dijel 8 tahun
Published on: Wednesday, May 17, 2023
Published on: Wed, May 17, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Rogol: Tukang bersih dijel 8 tahun
TERTUDUH (kiri) diiring polis ke ruang mahkamah. Turut kelihatan, DPP Mohd Suhaimi (kanan).
TAWAU: Seorang tukang cuci berusia 47 tahun dipenjara lapan tahun dan diperintah dikenakan empat sebatan kerana merogol seorang remaja sehingga melahirkan anak pada November tahun lalu akibat perbuatan itu.

Muhammad Ali, yang juga pemegang pasport warga Indonesia mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, kepada pertuduhan terhadapnya pada Selasa.

Advertisement
Muhammad telah merogol mangsa berusia 13 tahun itu di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Semporna, pada 4 petang 2 April 2022.

Kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selepas menjalani hukuman penjara, Muhammad diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal. Mengikut fakta kes, Muhammad telah merogol mangsa ketika dia sedang tidur seorang diri di rumahnya.

Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, di mana pegawai perubatan mengesahkan dia hamil 38 minggu dan selamat melahirkan bayi lelaki sebelum mendedahkan dia dirogol oleh Muhammad.

Advertisement
Muhammad ditangkap pada 21 Nov 2022 selepas laporan polis dibuat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan ke atas Muhammad dengan mengambil kira faktor kepentingan awam, selain kesan trauma yang dialami mangsa selepas dirogol.

Advertisement
Katanya, mangsa yang masih bersekolah sepatutnya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak perempuan lain, namun terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu pada usia yang sangat muda.

Mohd Suhaimi menyatakan bahawa laporan kimia mengesahkan Muhammad adalah bapa kandung bayi itu.

“Pihak pendakwaan mengambil kira faktor bahawa Muhammad dalam kes ini adalah warga asing yang memasuki negara ini dan harus dijatuhkan hukuman berat selain perlu diusir pulang ke negara asalnya,” kata Mohd Suhaimi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here