Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penipuan lombong emas di Sabah
Published on: Thursday, May 18, 2023
Published on: Thu, May 18, 2023
By: Lagatah Toyos, Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Penipuan lombong emas di Sabah
Suspek berkenaan (duduk) di Makamah Majistret Tawau kelmarin
TAWAU: Enam individu termasuk seorang bergelar Datuk direman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan 100 kilogram bernilai RM25 juta.

Majistret Leona Dominic Mojiliu membenarkan permohonan perintah reman ke atas semua suspek yang dikemukakan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi Kulup Lam di Mahkamah Majistret Tawau.

Advertisement
Kesemua suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita daripada dua syarikat, berumur di antara 42 dan 67 tahun itu, ditangkap di Pejabat SPRM Tawau, tengah malam pada Selasa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek, termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat, disyaki dengan curangnya memperdaya kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu bagi mengelak dari membayar royalti emas sebenar kepada kerajaan negeri terhadap hasil emas yang dilombong di Bukit Mantri di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Difahamkan 100 kg emas membabitkan nilai RM25 juta tidak dilaporkan penghasilannya yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti RM1.25 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi tempoh bermula tahun 2020 hingga tahun 2022.

Penipuan itu dipercayai dilakukan melalui pakatan dua syarikat yang kesemua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya.

Advertisement
Sementara itu di KOTA KINABALU, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM570,000 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah program Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Menurut sumber, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Selasa lepas.
Advertisement
Suspek yang juga pemilik syarikat penyedia perkhidmatan latihan itu difahamkan membuat tuntutan menerusi borang pengesahan pekerja yang mengandungi senarai nama pekerja tidak wujud. Suspek dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2020 sehingga 2022. Permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dibenarkan selama lima hari sehingga Sabtu ini oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie. Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. Sementara itu, di mahkamah sama Selasa lepas, dua individu dari syarikat berbeza turut direman selama lima hari kerana disyaki melakukan kesalahan sama membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM550,000. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here