Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SESB catat permintaan bekalan paling tinggi
Published on: Thursday, May 18, 2023
Published on: Thu, May 18, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
SESB catat permintaan bekalan paling tinggi
Ir Idris (tengah) bersama Lo (kedua kanan) dan Justin (kedua kiri) melawat projek pemasangan alat janakuasa mudah alih di Stesen Janakuasa Tawau, pada Rabu.
TAWAU: Cuaca panas yang melanda negeri ini sejak April lalu menjadi penyumbang kepada isu bekalan tenaga elektrik terputus apabila SESB terpaksa melakukan catuan bekalan susulan permintaan tenaga meningkat berbanding kadar biasa.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor berkata, pada April dan Mei tahun ini, SESB merekodkan permintaan bekalan tenaga lebih tinggi dengan peningkatan 1,070 ke 1,080 megawatt.

Advertisement
“Ini merupakan catatan permintaan paling tinggi yang pernah direkodkan SESB. Menerusi analisa, kita percaya salah satu penyumbang kepada permintaan tenaga yang agak tinggi berbanding kadar biasa adalah keadaan cuaca panas pada bulan April dan Mei,” katanya.

Masalah kekurangan kapasiti penjanaan elektrik ini juga menyebabkan purata sebanyak 20 – 30MW tenaga elektrik terpaksa dicatu pada waktu beban puncak yang selalunya bermula dari jam 2 petang sehingga 4 petang dan jam 7 malam sehingga 9 malam.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, jumlah kapasiti penjanaan tenaga yang ada di Sabah adalah sekitar 1070 megawatt dan permintaan itu sekaligus menyebabkan berlaku defisit 10 megawatt.

Bagi memastikan kestabilan grid serta mengelak risiko ‘total black out’, SESB katanya, terpaksa melakukan catuan bekalan pada tempoh minima.

Advertisement
Memburukkan keadaan, katanya, stesen janakuasa hidro Tenom-Pangi yang mampu menjana 60 megawatt masih dalam proses pembaikan menyeluruh susulan kerosakan teruk akibat bencana alam pada 31 Oktober tahun lalu.

“Kita dalam proses membaik pulih stesen tersebut dan jika berjalan lancar, stesen itu boleh beroperasi semula pada Oktober 2023. Itu antara mitigasi yang sedang kita laksanakan untuk menangani isu kekurangan bekalan tenaga di Sabah,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, katanya, SESB melakukan langkah serta-merta iaitu inisiatif menempatkan 11 unit alat jana kuasa mudah alih di seluruh Sabah, termasuk enam di Tawau bagi menampung keperluan penduduk.

“Dengan kapasiti 11 unit genset (alat jana kuasa) ini, kita mampu meningkatkan lima megawatt tambahan kapasiti kepada penjanaan sedia ada. Minggu hadapan, 15 lagi tambahan genset bergerak akan ditempatkan untuk membantu meningkatkan bekalan tenaga di Sabah sehingga dapat dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat projek pemasangan alat jana kuasa mudah alih di Stesen Janakuasa Tawau, di sini, pada Rabu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Adun Sri Tanjong, Justin Wong.

Ir Idris berkata, pihaknya menjangkakan risiko catuan bekalan akan dapat diminimakan menjelang akhir Jun ini sekiranya tempoh pembaikan janakuasa IPP milik swasta dengan kapasiti 50 megawatt adalah mengikut jadual dan mula kembali beroperasi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penempatan genset mudah alih itu dilihat pilihan terbaik sebagai penyelesaian interim untuk menangani isu bekalan tenaga di Sabah sehingga janakuasa baharu yang lebih besar dan stabil siap.

Katanya, SESB juga sedang dalam perancangan untuk membina satu janakuasa interim dengan kapasiti 30 megawatt yang dijangka siap sekitar September depan serta sebuah lagi janakuasa baharu di Sabah yang bakal siap pada 2024.

Mengenai rungutan orang ramai tentang tiada notis penutupan bekalan dikeluarkan SESB, beliau berkata, pihaknya akan berusaha menangani isu tersebut dari semasa ke semasa menerusi pelbagai platform yang ada, termasuk pemakluman di media massa dan laman sesawang SESB sendiri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here