Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Anwar bakal umum rancangan pembangunan Sabah
Published on: Thursday, May 18, 2023
Published on: Thu, May 18, 2023
Text Size:
Text:
Anwar bakal umum rancangan pembangunan Sabah
Perkara itu didedahkan semasa pertemuan antara Anwar dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi membincangkan agenda pembangunan negeri di Putrajaya.
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman berkaitan pembangunan Sabah semasa satu lawatan kerja untuk menilai sendiri beberapa isu yang dihadapi rakyat Sabah - sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana PM sebelum ini.

Perkara itu didedahkan semasa pertemuan antara Anwar dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi membincangkan agenda pembangunan negeri di Putrajaya.

Advertisement
Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (Ahli Parlimen Penampang) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Ali (Ahli Parlimen Papar).

Ewon berkata perbincangan itu meliputi komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap matlamat pembangunan Sabah, khususnya merujuk kepada keusahawanan dan infrastruktur asas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, Ahli Parlimen dan Adun yang hadir menyuarakan pelbagai isu kepada Perdana Menteri termasuk bekalan air, jalan raya, sekolah usang, klinik kesihatan dan pembangunan keusahawanan.

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 Persekutuan Malaysia. Sebab itu, kami memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai hasrat dan keperluan pembangunan rakyat Sabah, supaya Kerajaan Persekutuan boleh menghantar dana tambahan untuk menangani pelbagai keperluan pembangunan di Sabah.

Advertisement
“Perdana Menteri komited dengan tuntutan rakyat dan kami berharap sambutan Hari Malaysia ke-60 tahun ini lebih bermakna untuk rakyat Sabah,” kata Ewon, dalam satu kenyataan pada 9 Mei.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here