Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
CP baharu pelawat pertama Ketua Menteri selepas pembedahan
Published on: Thursday, May 18, 2023
Published on: Thu, May 18, 2023
Text Size:
Text:
CP baharu pelawat pertama Ketua Menteri selepas pembedahan
HAJIJI (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Jauteh.
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kembali bertugas selepas menjalani pembedahan batu karang, bermula dengan kunjung hormat daripada Pesuruhjaya Polis (CP) Sabah yang baharu.

Datuk Jauteh Dikun, 57, yang dinaikkan pangkat ke jawatan itu pada minggu lalu, mengetuai rombongan dari Polis Negeri di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada 9 Mei.
Advertisement
Jauteh, yang berasal dari Ranau, menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Semasa pertemuan itu, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas sokongan kuat yang diberikan kepada polis. Sementara itu, Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh dan Shahurinain sebagai Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan di Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan.

Advertisement
Ketua Menteri itu turut memberi jaminan kepada Jauteh bahawa Kerajaan Negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri. Jauteh dan Shahurinain turut disertai Ketua Cawangan Khas SAC Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Pengurusan SAC Nik Md Zain Nik Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Azmi Abdul Rahim dan Ketua Jabatan Logistik ACP Datin Laila Sagir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here