Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Cuaca panas: Sekolah tutup sementara jika perlu – Ariffin
Published on: Friday, May 19, 2023
Published on: Fri, May 19, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Cuaca panas: Sekolah tutup sementara jika perlu – Ariffin
“Saya akan rujuk dengan Pengarah JPNS hari ini (Khamis) dan jika ada keperluan untuk tutup sekolah sebagaimana SoP ditetapkan, kita akan laksanakannya,” kata Ariffin.
Kota Kinabalu: Penutupan sementara sesi persekolahan mungkin akan dilaksanakan jika terdapat keperluan dalam Prosedur Operasi Standard (SoP) susulan kes strok haba membabitkan pelajar sekolah, baru-baru ini.

Exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, pihaknya akan merujuk Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenai perkara itu dan menyokong sebarang keputusan bagi menghadapi situasi cuaca panas melampau ketika ini.

Advertisement
“Saya akan rujuk dengan Pengarah JPNS hari ini (Khamis) dan jika ada keperluan untuk tutup sekolah sebagaimana SoP ditetapkan, kita akan laksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Jom Membaca Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Sabah 2023 di Perpustakaan Penampang, di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainuddin Aman dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdilla. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan terdapat tiga kes strok haba berlaku antara 15 April hingga 12 Mei, membabitkan dua pelajar masing-masing berumur 18 tahun dan 9 tahun dan seorang wanita berumur 27 tahun.

Mengenai isu gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku kebelakangan ini hingga dikhuatiri menjejaskan pembelajaran di sekolah, Ariffin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Advertisement
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan Pengurus Besar SESB akan memberikan taklimat kepada kabinet dalam masa terdekat mengenai masalah itu dan jalan penyelesaiannya.

“Terbaru ini kita sudah mendapat penjelasan daripada SESB dan sepatutnya Kabinat akan mendengar taklimat daripada Pengurus Besar SESB dalam masa terdekat.

Advertisement
“Menteri yang berkenaan juga telah mengusul perkara ini dan kita akan mencari jalan terbaik untuk membantu khususnya dalam aspek pembelajaran anak-anak dan pengajaran guru-guru di sekolah,” katanya. Terdahulu, selain menyertai kempen Jom Membaca 10 Minit, Ariffin turut menyumbangkan 12 naskah buku hasil tulisan beliau kepada perpustakaan Penampang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here