Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Terus tingkat perkongsian, kerjasama untuk manfaat bersama: Joachim
Published on: Friday, May 19, 2023
Published on: Fri, May 19, 2023
Text Size:
Text:
Terus tingkat perkongsian, kerjasama untuk manfaat bersama: Joachim
Joachim (tengah), Isnin dan Mohd Hamsan merakamkan gambar kenangan bersama warga kerja PBT Beaufort, Pemenang Pertandingan Gerai sempena majlis itu.
Kota Kinabalu: Warga Kementerian Kerajaan Tempatan and Perumahan (KKTP) serta semua agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat terus meningkatkan perkongsian dan kerjasama sesama mereka untuk manfaat bersama dan juga rakyat.

Harapan itu disuarakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian di Wisma Innoprise, di sini pada Khamis.

Advertisement
Beliau gembira melihat sambutan kali ini dijayakan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian iaitu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) serta daripada PBT iaitu Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Penampang, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Lahad Datu.

“Adalah menjadi harapan saya, dengan adanya majlis seumpama ini, ianya dapat mewujudkan semangat muhibah dan harmoni di kalangan warga kerja Kementerian dan juga semua agensi di bawah Kementerian termasuk PBT.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penganjuran yang berkonsepkan gerai-gerai sebegini dapat merapatkan lagi hubungan sedia ada di antara kita. Dengan adanya gerai-gerai yang boleh dikunjungi yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan menjadikan majlis sambutan dwi perayaan ini bermakna dan meriah. Perkongsian dan kerjasama sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat,” ujarnya.

Joachim berkata, sesuai dengan tema Pesta Kaamatan iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan”, sambutan perayaan sebegini adalah sesuatu yang unik dan ia memberi peluang kepada semua dari pelbagai etnik, bangsa dan agama serta pelbagai budaya dapat bersama-sama meraikan dan berkongsi kemeriahan.

Advertisement
Sambutan dwi perayaan itu membolehkan semua yang hadir berkongsi budaya dari segi pakaian, makanan, adat resam dan kelainan yang unik, katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan bangunan Wisma Innoprise kerana memberi kebenaran kepada Kementerian untuk mengadakan majlis itu.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri KKTP I dan II, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohamad Hamsan Ag. Supain; Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Datuk Dr. Jamili Nais dan Stanley Chong; Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping; semua Pegawai Eksekutif PBT, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan seluruh warga Kementerian. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here