Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan digesa pandang serius isu tanah di Nabawan: Peter
Published on: Friday, May 19, 2023
Published on: Fri, May 19, 2023
Text Size:
Text:
Kerajaan digesa pandang serius isu tanah di Nabawan: Peter
Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mencadangkan supaya sesi dialog antara pihak kerajaan dengan penduduk kampung diadakan bagi memberi gambaran sebenar.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony menyeru kerajaan negeri supaya memandang serius seterusnya mengambil tindakan sewajarnya berhubung permohonan sekumpulan penduduk di Nabawan berkaitan tanah.

Katanya, kerajaan atau jabatan berkaitan perlu meneliti permohonan penduduk terbabit secara adil tanpa memihak kepada mana-mana individu ataupun kumpulan.

Advertisement
Beliau berkata, kesanggupan seramai kira-kira 100 penduduk dari Nabawan yang menempuh perjalanan jauh untuk berhimpun dalam keadaan cuaca panas di hadapan pejabat Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Keningau menunjukkan ia satu perkara serius.

“Mereka sanggup pergi ke Keningau dari Nabawan untuk berhimpun walau cuaca panas terik, saya andaikan perkara ini serius kerana begitu ramai sekali yang hadir...ada yang memakai pakaian tradisi dan memainkan alat muzik tradisional.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya bukanlah mahu berpihak kepada sesiapa, tapi kita semua sedia maklum, isu tanah ini sangat sensitif, apatah lagi bagi penduduk kampung yang ‘periuk nasi’ mereka bergantung kepada hasil tanah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sementara itu, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mencadangkan supaya sesi dialog antara pihak kerajaan dengan penduduk kampung diadakan bagi memberi gambaran sebenar.

Advertisement
“Beri penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada penduduk kampung tapi jangan pula lupa untuk mendengar keluhan mereka (penduduk kampung) juga.

“Isu tanah ini sangat sensitif. Kalau tidak bersemuka maka banyaklah andaian-andaian yang kita tidak tahu betul atau tidak. Pastikan juga tiada tangan-tangan ghaib yang masuk campur dalam isu ini,” katanya.

Advertisement
Rabu lepas, lebih 100 penduduk dari lima kampung di Nabawan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan pejabat JTU Keningau.

Mereka yang mula berkumpul kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai untuk menyerahkan surat memohon penjelasan daripada JTU Keningau berkenaan isu nama penduduk kira-kira lebih 100 orang tercicir daripada senarai nama dalam geran komunal di Sepulut.

Selain itu, difahamkan tujuan kedatangan NGO berkenaan ke Jabatan Tanah dan Ukur Keningau, adalah untuk memohon penjelasan kenapa geran komunal tidak ditukar kepada geran Anak Negeri (NT).

Beberapa klip video itu turut tular di media sosial menunjukkan sebahagian mereka memakai pakaian tradisional suku kaum Murut sambil bermain alat muzik tradisional. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here