Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kristian di Sabah, Sarawak boleh terus guna kalimah ‘Allah’: Ewon
Published on: Saturday, May 20, 2023
Published on: Sat, May 20, 2023
Text Size:
Text:
Kristian di Sabah, Sarawak boleh terus guna kalimah ‘Allah’: Ewon
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kalimah ‘Allah’ boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan buku agama untuk tujuan pendidikan dalam komuniti itu dengan menulis ‘Untuk Kegunaan Penganut Kristian Sahaja’. “Isu ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jemaah Menteri beberapa hari lepas dan saya telah mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut dan menyuarakan pandangan dan penelitian saya terhadap isu ini," kata Ewon.
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam amalan agama mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kalimah ‘Allah’ boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan buku agama untuk tujuan pendidikan dalam komuniti itu dengan menulis ‘Untuk Kegunaan Penganut Kristian Sahaja’.

Advertisement
“Isu ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jemaah Menteri beberapa hari lepas dan saya telah mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut dan menyuarakan pandangan dan penelitian saya terhadap isu ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga membuka ruang kepada semua jemaah menteri untuk menyampaikan pandangan dan keputusannya adalah "status quo".

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Penganut agama Kristian daripada Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam doa mereka dan jika melibatkan penerbitan, ia perlu dicop dengan tulisan ‘Untuk Kegunaan Penganut Kristian Sahaja’.

“Itulah dasar sedia ada yang kita persetujui diteruskan semula dan kabinet memutuskan untuk kita menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi agama lain juga bebas diamalkan dengan aman damai,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Bantu Sekolah Yayasan Bank Rakyat, di Dewan SM St.Micheal Penampang, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Ewon berharap penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak tidak bimbang dengan penggunaan kalimah ‘Allah’.

Advertisement
“Kerajaan telah bersetuju supaya kita boleh menggunakan kalimah Allah dalam doa kita seperti sedia ada dan juga dalam penerbitan,” katanya.

Sebelum ini Mesyuarat Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi mempersembahkan cadangan-cadangan mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri berkata, ia bagi mencapai penyelesaian secara menyeluruh mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here