Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Juga dikenakan 21 sebatan: Lelaki rogol adik, sepupu dijel 56 tahun
Published on: Saturday, May 20, 2023
Published on: Sat, May 20, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Juga dikenakan 21 sebatan: Lelaki rogol adik, sepupu dijel 56 tahun
Kedua-dua hakim memerintahkan lelaki itu menjalani program pemulihan semasa di penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas hukuman penjaranya tamat. - gambar hiasan oleh Adobe Stock
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 24 tahun dipenjara 56 tahun dan dikenakan 21 sebatan kerana merogol dan meliwat adik perempuan serta sepupunya.

Lelaki yang bekerja sendiri itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen berlainan.

Advertisement
Di mahkamah pertama, Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan 12 sebatan ke atas lelaki itu kerana merogol adik perempuannya berusia 10 tahun di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Marudu pada 2017.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dipenjara 12 tahun lagi dengan tujuh sebatan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama pada masa dan tempat yang sama.

Kesalahan itu disabit mengikut Seksyen 377A/377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Elsie memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjaranya secara berturut-turut.

Bagi pertuduhan ketiga di hadapan Hakim Cindy Mc Juce Balitus, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan 12 sebatan kerana merogol sepupunya yang berusia sembilan tahun di tempat sama pada 2016.

Advertisement
Cindy memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan dari tarikh sabitannya.

Kedua-dua hakim memerintahkan lelaki itu menjalani program pemulihan semasa di penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas hukuman penjaranya tamat.

Dalam memohon hukuman ringan, peguam Datuk Bernard J Dalinting yang mewakili lelaki itu berkata, tertuduh kurang berpendidikan dan menyesali kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah mempertimbangkan dua mangsa tidak berdaya yang mengalami trauma akibat kejadian itu.

Dia berhujah bahawa kesalahan itu memerlukan hukuman berat sebagai pengajaran dan amaran kepada orang awam.

Terdahulu, lelaki itu memohon penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi, tetapi ditolak dan diperintahkan menjalani hukuman penjara pada hari sabitan.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here