Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peniaga wanita aibkan anggota polis diberi DNAA
Published on: Saturday, May 20, 2023
Published on: Sat, May 20, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Peniaga wanita aibkan anggota polis diberi DNAA
NUR JAWAHEER (kanan) berbincang dengan peguamnya.
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan wanita yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang anggota polis di sekatan jalan raya dua tahun lalu, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu.

Majistret Stephanie Sherron Abbie memberikan DNAA kepada Nur Jawaheer Ismail, 36, selepas saksi gagal hadir di mahkamah.

Advertisement
Nur Jawaheer didakwa melakukan kesalahan itu pada 5.30 petang 1 Jun 2021 di sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, di sini.

Dia didakwa mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan berkata: “Nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau.” 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dk Afiqah Alya, bersama DPP Nurul Shafeera, manakala Nur Jawaheer diwakili peguam Luke Ressa Balang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here