Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Henti tuding jari, fokus selesai masalah air, elektrik: Ewon
Published on: Saturday, May 20, 2023
Published on: Sat, May 20, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Henti tuding jari, fokus selesai masalah air, elektrik: Ewon
“Pada masa ini, kita patut mengumpulkan semua tenaga dan sumber yang ada untuk membantu rakyat yang berdepan masalah air dan juga elektrik. “Rakyat memerlukan kepimpinan kuat dan tegas yang boleh mencari penyelesaian,” kata Ewon. - Gambar fail Bernama
PENAMPANG: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Sabah tidak kira kerajaan mahupun pembangkang diharap dapat bersatu dan bersama-sama mencari kaedah konkrit bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dan air bersih di negeri itu demi kebaikan rakyat.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick berkata pendekatan itu lebih penting daripada hanya menuding jari yang tidak membawa faedah serta langkah penyelesaian seperti diinginkan rakyat.

Advertisement
“Pada masa ini, kita patut mengumpulkan semua tenaga dan sumber yang ada untuk membantu rakyat yang berdepan masalah air dan juga elektrik.
“Rakyat memerlukan kepimpinan kuat dan tegas yang boleh mencari penyelesaian,” kata Ahli Parlimen Penampang itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael di sini, pada Jumaat.

Khamis lalu, Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menggesa rakyat Sabah supaya tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pembangkang untuk menyalahkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pentadbirannya berkaitan gangguan bekalan elektrik dan air di negeri ini.

Advertisement
Dalam pada itu, Ewon berkata wakil rakyat Pakatan Harapan Sabah juga telah mengadakan satu sesi khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan tambahan besar kepada Sabah dalam usaha menyelesaikan masalah keperluan asas berkenaan. “Ini juga akan saya kongsikan kepada semua rakan di Sabah, semua Adun dan Ahli Parlimen di Sabah. Kenapa kita tidak satu hati (kerana) yang kita perlukan adalah peruntukan bukan soal siapa silap dan siapa benar.

Advertisement
“Saya amat yakin bila PM (Perdana Menteri) berkunjung ke Sabah dalam beberapa minggu ini, beliau akan mengumumkan sesuatu yang baik untuk Sabah terutama melibatkan peruntukan tambahan. “Secara prinsipnya beliau bersetuju untuk menyediakan peruntukan tambahan tersebut,” katanya. Mengenai majlis itu, Ewon berkata sebanyak 60 sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah menerima peruntukan bantuan persekolahan melalui program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sejak Mac lepas.

Bantuan itu melibatkan kumpulan pelajar daripada kalangan asnaf serta keluarga B40 bertujuan membantu meningkatkan akademik pelajar dari sekolah terlibat untuk sesi persekolahan tahun ini, katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here