Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah akan bentang RUU anti-lompat parti: Hajiji
Published on: Monday, May 22, 2023
Published on: Mon, May 22, 2023
Text Size:
Text:
Sabah akan bentang RUU anti-lompat parti: Hajiji
Ketua Menteri berkata Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada ahli DUN sebelum dapat diluluskan.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selama empat hari bermula hari ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang menangkis dakwaan pembangkang berkata kerajaan negeri tidak sengaja mahu menangguhkan pembentangan RUU berkenaan dengan tujuan untuk mengekang wakil rakyat negeri ini daripada menyokong pihak lain.

Advertisement
Beliau berkata RUU itu melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah sebelum ia boleh dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

“Jadi, tidak benar seperti dakwaan pembangkang bahawa kita sengaja melengah-lengahkannya. Kita kena patuhi prosedur,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat prapersidangan mesyuarat di Menara Kinabalu di sini, pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri berkata Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga daripada ahli DUN sebelum dapat diluluskan.

“Saya yakin RUU itu akan mendapat sokongan penuh daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ahli Pakatan Harapan. Saya juga menggesa wakil pembangkang menyokong RUU itu, kerana mereka juga menyokong rang undang-undang anti lompat parti diluluskan di Sabah,” katanya

Advertisement
RUU Pindaan Perlembagaan Negeri adalah antara empat RUU yang akan dibentangkan dalam mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri dari 22 Mei hingga 25 Mei. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here