Kota Kinabalu: Dua pelari Vietnam, Van Tuan Li dan Thi Duong Nguyen muncul juara dalam perlumbaan Maraton Borneo sejauh 42km di Likas, pada awal pagi Ahad.Bekas pelari Sukan SEA, Li, melepasi garisan penamat dengan catatan masa rasmi dua jam 42 minit dan 49 saat untuk merangkul gelaran lelaki, mengatasi Renben Humtsoe (2:47:53) dan Milton Amat (2:47:58).
Nguyen pula mencatat masa kemenangan tiga jam 16 minit dan 41 saat dalam kategori wanita, dengan tempat kedua dan ketiga disandang oleh Sally Ann Yap Yu Ing (3:31:58) dan Hasnita Asis (3:45:24).
Advertisement





