Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Operasi cari pendaki Malaysia hilang di Everest diteruskan di kawasan ceruk
Published on: Monday, May 22, 2023
Published on: Mon, May 22, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Operasi cari pendaki Malaysia hilang di Everest diteruskan di kawasan ceruk
Jumaat lepas, Muhammad Hawari Hashim dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia, Muhammad Hawari Hashim, yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain telefon bimbitnya dijejaki.

Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23) Ayu Wanirah Naharuddin berkata, operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai Vincent.

Advertisement
Katanya, SAR menerusi udara telah dilakukan semalam, namun tiada kesan manusia ditemukan di kawasan pendakian.

“SAR darat di kawasan ceruk terus dilakukan di atas Kem Dua. Mencari di ceruk memerlukan tenaga mahir dan kita telah kerahkan sebanyak mungkin tenaga mahir yang ada di kawasan sekitar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita telah jumpa jaket Gore-Tex yang mengandungi ‘recco’ (sejenis peralatan pengesan) milik Muhammad Hawari di Kem Dua. Pihak (Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu) telah berhubung dengan polis Nepal untuk bantuan menjejaki iPhone milik Muhammad Hawari.”

Jumaat lepas, Muhammad Hawari, seorang pendaki OKU berusia 33 tahun, dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia itu.

Advertisement
Pada hari sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang juga peserta misi sama, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh semasa pendakian sehari sebelumnya.

Ayu Wanirah berkata, terdapat sekumpulan Sherpa akan membuat pemeriksaan untuk mencari Muhammad Hawari di setiap khemah di Kem Dua, Tiga dan Empat, hari ini.

Advertisement
“(Pihak) Suunto Malaysia ada memberitahu akan membantu menjejaki pendaki tersebut sekiranya Hawari menyimpan segala aktiviti di dalam aplikasinya.

“Suunto juga melaporkan kejadian ini ke pihak berkuasa Finland untuk berkongsi data tersebut.

“Jika data tidak disimpan, kita mungkin tak dapat cari Muhammad Hawari, tapi akan tetap cuba. Kini terserah kepada pihak polis Finland dan ibu pejabat Suunto,” katanya.

Suunto ialah jam tangan pintar buatan Finland yang antaranya mempunyai ciri navigasi dan komunikasi, selain boleh menyimpan data berkaitan aktiviti penggunanya.

Selain itu, Ayu Wanirah berkata, usaha membawa turun jenazah Awang Askandar dari Everest Base Camp ke Kathmandu, Nepal sedang giat dijalankan, dikendalikan sendiri oleh beliau.

“Enam orang Sherpa akan berada di Kem Empat menjelang petang ini. Esok pagi, jenazah akan dibawa turun ke kawasan selamat bagi helikopter melakukan ‘long line rescue’. Seterusnya akan dibawa ke Kathmandu, Nepal.

“Pihak kedutaan berhubung rapat dengan saya dan mereka akan menerima jenazah tersebut di Kathmandu. Cuaca sekarang agak berawan dan bersalji, semoga cuaca baik esok,” katanya.

ME 2023 yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Altitud dan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan itu turut disertai bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak yang juga ketua ekspedisi.

Misi itu bermula 2 April lepas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here