Kota Kinabalu: Bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Juil Nuatim diterima sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Masidi, Adun Limbahau itu mengemukakan permohonannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dengan dihadiri Presiden Star Datuk Seri Dr Jeffrey
Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Juil mengumumkan pengundu-rannya daripada KDM Ahad lepas.