Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tindakan jangka panjang atasi isu bekalan air: Shahelmey
Published on: Wednesday, May 24, 2023
Published on: Wed, May 24, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tindakan jangka panjang atasi isu bekalan air: Shahelmey
Shahelmey berkata tindakan penyelesaian jangka panjang itu antara lain melibatkan perancangan dan pembinaan projek Kajian Kemungkinan dan Konsep Reka Bentuk Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III yang kini sedang di peringkat kajian konsep.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menggariskan beberapa tindakan penyelesaian jangka panjang lebih teratur bagi mengatasi isu bekalan air bersih seterusnya usaha memenuhi kapasiti permintaan air yang semakin tinggi setiap hari di seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata ia juga sebagai komitmen untuk menangani isu utama dihadapi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti kejadian paip bocor, paip usang, kecurian air dan kualiti sumber air mentah yang semakin merosot.

Advertisement
Beliau berkata tindakan penyelesaian jangka panjang itu antara lain melibatkan perancangan dan pembinaan projek Kajian Kemungkinan dan Konsep Reka Bentuk Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III yang kini sedang di peringkat kajian konsep.

“Bagi Tawau, dua projek baharu diluluskan dalam Pelan Pusingan Ketiga melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dan Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Bekalan Air Balung dan sekitarnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) pada persidangan DUN Sabah pada Selasa.

Mohd Shafie ingin tahu apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah bekalan air di Sabah yang semakin teruk dan berleluasa lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas serta kering berpanjangan pada masa kini.

Advertisement
Mengulas lanjut, Shahelmey berkata JANS juga akan menyenaraikan cadangan pemindahan muka sauk LRA Segaliud, Sandakan ke Sungai Meliau atau Sungai Kinabatangan sebagai potensi sumber air mentah baharu.

Katanya, cadangan itu akan turut melibatkan kajian dan reka bentuk terperinci bagi menaik taraf loji air sedia ada serta pembinaan sistem saluran paip air mentah dari sumber air mentah baharu ke Empangan Betotan, Segaliud, Sandakan.

Advertisement
“Cadangan ini akan dimasukkan sebagai senarai keutamaan dalam Pelan Pusingan Kelima, Rancangan Malaysia Ke-12, di bawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,” katanya.

Bagi mengatasi masalah bekalan air di Beaufort, Shahelmey berkata JANS telah menyenaraikan Cadangan Pembinaan Kolam Takungan Hiliran atau Off River Storage (ORS) di daerah itu dalam Pelan Pusingan Keempat, Tahun 2024, RMK12.

Bagi Sipitang pula, Shahelmey berkata Cadangan Sistem Bekalan Air Daerah Sipitang Fasa I akan dicadang dimasukkan ke dalam Projek Berimpak Tinggi melihat potensinya bagi membekalkan permintaan air terawat secara domestik dan komersial yang konsisten serta terjamin di kawasan tersebut.

JANS juga telah mencadangkan Sistem Bekalan Air Lahad Datu Fasa II di bawah Biayaan Pinjaman Mudah Persekutuan, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here