Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penduduk mohon penjelasan isu pemilikan tanah adat
Published on: Wednesday, May 24, 2023
Published on: Wed, May 24, 2023
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Penduduk mohon penjelasan isu pemilikan tanah adat
Inusip dan Suliaman
Kota Kinabalu: Kira-kira 500 penduduk kampung dari lima daerah di negeri ini merayu kepada kerajaan supaya memberi penjelasan dan seterusnya menyelesaikan isu pemilikan tanah adat yang dihadapi mereka sejak berpuluh tahun.

Rayuan itu dibuat menerusi penyerahan memorandum yang diketuai oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kepada Jabatan Ketua Menteri di hadapan Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa. 

Advertisement
Memorandum tersebut diterima oleh wakil daripada Pejabat Ketua Menteri.

Difahamkan penduduk terlibat datang dari Keningau, Kundasang (Ranau), Sandakan, Sapulut dan Tongod bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inusip Sinundu, 65, dari Keningau, merayu supaya kerajaan mendengar suara penduduk yang sehingga kini tidak menikmati hasil tanaman yang diusahakan secara kerjasama dengan sebuah syarikat.

PENDUDUK berarak sebelum menyampaikan memorandum tersebut. 

“Jadi kami memohon supaya geran tanah komunal ini terus dimansuhkan dan digantikan kepada geran anak negeri (NT) untuk memudahkan penduduk di Sabah menikmati hasil tanah berkenaan.

Advertisement
“Permohonan untuk mendapatkan geran NT dilakukan sejak 2012, tetapi pada masa itu kerajaan telah memberikan kepada kami geran komunal. Terdapat tanaman kelapa sawit di tanah berkenaan namun kami tidak boleh menikmati hasilnya selepas bekerjasama dengan syarikat.

“Kami dijanjikan menerima dividen iaitu 30 peratus daripada hasil tetapi sehingga kini kami tidak menerimanya.

Advertisement
Jadi kami berkumpul hari ini untuk bersama menyerahkan memorandum untuk memohon kepada kerajaan agar melihat isu ini, supaya geran itu dapat digantikan dengan geran NT, dan seterusnya kami dapat usahakan tanah kami sendiri,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan memorandum itu.

Katanya lagi, terdapat 90 peserta yang mengalami isu sama di kampung berkenaan, dan setiap seorang sepatutnya mendapat kira-kira 2.8 hektar tanah daripada geran NT berkenaan jika ia diberikan kepada penduduk.

Seorang lagi penduduk Suliaman Biseh, 50, mendakwa turut menerima nasib sama apabila tidak menikmati hasil dividen daripada tanah komunal berkenaan selepas bekerjasama dengan sebuah syarikat. 

“Kami selama ini telah dijanjikan oleh pihak syarikat di mana lebih 10 tahun kami tunggu dividen tetapi tiada, sebaliknya hanya diberikan pinjaman sebanyak dua kali iaitu RM300 dan RM500.

“Kalau ikut geran komunal kami diberikan sebanyak tujuh ekar tanah yang membabitkan lebih 100 peserta. Jadi sekarang masalahnya apabila pihak syarikat mengambil alih, jadi kami semakin terhimpit walaupun pada awalnya kami dijanjikan keuntungan 30 peratus dan syarikat mendapat 70 peratus tetapi akhirnya tiada,” katanya.

Tambah Suliaman lagi, disebabkan itu rata-rata penduduk terpaksa mencari pendapatan lain seperti bertani secara persendirian dan menjual hasil kampung seperti sayur-sayuran dan sebagainya.

“Kami terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil dalam jangka yang pendek.

“Disebabkan keadaan ini kami berharap kerajaan mengambil perhatian mempercepatkan proses memberikan geran NT supaya kami dapat menguruskan tanah itu sendiri dan seterusnya untuk generasi akan datang.

“Kami pun tidak tahu bagaimana prosesnya di jabatan berkaitan. Jadi campur tangan kerajaan amat diharapkan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim memaklumkan tujuan memorandum itu dihantar adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Ketua Menteri berhubung isu pemansuhan geran komunal dan usaha untuk memberi geran NT kepada penduduk kampung tidak dilaksanakan.

“Kenapa pajakan kecil diberikan terus kepada syarikat? Sebab itu kita hadir untuk bertanya dengan Jabatan Ketua Menteri dan memohon penjelasan.

“Semua maklum Seksyen 15 Ordinan Tanah Negeri Sabah mengatakan bahawa mana-mana penduduk kampung yang telah mengusahakan tanah tersebut dengan bercucuk tanam lebih daripada tiga tahun, mereka mempunyai hak kepentingan dari sudut permohonan NT atau tanah adat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here