Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki terima suapan didenda RM40,000, dijel
Published on: Wednesday, May 24, 2023
Published on: Wed, May 24, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki terima suapan didenda RM40,000, dijel
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Syarafi menerima suapan antara RM700 dan RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan sijil CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) dan sijil kontraktor berkaitan bagi syarikat lelaki itu.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun dipenjara dua hari dan didenda RM40,000 atau penjara 12 bulan kerana menerima rasuah RM4,300.

Syarafi Syahir Kasah, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, atas empat pertuduhan terhadapnya pada Selasa.

Advertisement
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara berjalan serentak mulai Selasa.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Syarafi menerima suapan antara RM700 dan RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan sijil CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) dan sijil kontraktor berkaitan bagi syarikat lelaki itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan itu berlaku di cawangan Maybank di Sipitang, antara 24 Julai 2020 dan 10 Nov 2020.

Kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah rasuah diterima, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Ketika meminta kelonggaran, Syarafi memberitahu mahkamah bahawa dia seorang duda dan perlu menanggung dua anaknya yang masih kecil.

Tambahnya, itu adalah kesalahan pertamanya dan dia kesal dengan tindakannya itu.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee dari SPRM menggesa hukuman penjara setimpal dikenakan terhadap Syarafi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here