Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Mutiara GRS perhebat program capai rakyat
Published on: Thursday, May 25, 2023
Published on: Thu, May 25, 2023
Text Size:
Text:
Mutiara GRS perhebat program capai rakyat
Mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi penggal 2023-2025, Juliah menggesa semua ahli supaya berusaha dalam melaksanakan lebih banyak program kebajikan untuk rakyat.
PERTUBUHAN Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) akan memperhebat dan mempelbagaikan program di peringkat akar umbi untuk memberi manfaat kepada rakyat, kata Presiden dan isteri Ketua Menterinya Datin Seri Juliah Salag.

“Sebagai isteri-isteri wakil rakyat negeri, kita mesti memainkan peranan kita dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing, terutamanya golongan wanita,” katanya dalam ucapan penangguhan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Khas Mutiara GRS di Rumah Mutiara GRS, Kota Kinabalu, pada 13 Mei.

Advertisement
Mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi penggal 2023-2025, Juliah menggesa semua ahli supaya berusaha dalam melaksanakan lebih banyak program kebajikan untuk rakyat.

“Saya percaya program memperkasa wanita di luar bandar boleh dilakukan melalui pelbagai program berorientasikan kemahiran untuk wanita dan suri rumah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dengan kemahiran ini, mereka menimba ilmu dan membantu meningkatkan kesejahteraan ekonomi keluarga masing-masing.

“Bagaimanapun, dalam usaha kita membantu orang lain, saya berharap semua ahli juga akan terus menimba ilmu dan kemahiran dalam semua bidang. Saya mahu semua ahli Mutiara GRS berbuat demikian agar kita terus maju ke hadapan.

Advertisement
“Tetapi, setiap perancangan memerlukan keakuran dan sokongan daripada semua, tanpanya tidak mungkin Mutiara GRS membawa perubahan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Juliah memaklumkan pelbagai aktiviti dengan kerjasama badan swasta dan awam telah dilaksanakan sejak Mutiara GRS didaftarkan secara rasmi pada April 2021.

Advertisement
“Saya percaya ini memberi peluang kepada kami untuk mewujudkan rangkaian kerja dan menyumbang khidmat kami kepada masyarakat di samping memupuk hubungan dan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan ahli Mutiara GRS,” katanya.

Juliah mahu melihat ahli meneruskan aktiviti ‘turun padang’ untuk merasai denyut nadi rakyat dan mengetahui masalah mereka, khususnya di kawasan luar bandar.

Melalui pendekatan ini, beliau berkata Mutiara GRS boleh membantu pemimpin dan wakil rakyat dengan menyumbang idea tentang cara membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan masing-masing.

Barisan penuh bagi penggal 2023-2025 ialah Juliah sebagai Presiden, Naib Presiden I Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan, Naib Presiden II/Biro Kebajikan Datin Seri Linda Ewit, Naib Presiden III/Setiausaha Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi, Bendahari Datin Malianah Ugau, Penolong Setiausaha Datin Maria Angin dan Penolong Bendahari Datin Tengku Adlina Marita Tengku Zainal Adlin.

Ketua-ketua biro ialah Datin Noriah Pg Ahmad (Perumahan), Datin Annie Foo (Pendidikan), Datin Seri Hajah Noraini Salleh (Sukan), Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa Aman (Agama), Datin Wahida Mardiana Norsalim (Lawatan), Datin Siti Noor Liyana Abd Latiff Bledram (Kebudayaan) dan Datin Adizah Matusuf (Publisiti).

Datin Nursiah Santri dan Datin Seri Stella Yong dilantik sebagai juruaudit dalaman.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here