Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lulus Rang Undang-undang Anti Lompat Parti: Hajiji
Published on: Friday, May 26, 2023
Published on: Fri, May 26, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah lulus Rang Undang-undang Anti Lompat Parti: Hajiji
Hajiji ketika menggulung perbahasan usul itu berkata rang undang-undang itu bertujuan menggugurkan Perkara 6(7) dalam Perlembagaan Negeri Sabah adalah kerana ia tidak lagi selaras dengan kehendak di bawah Perkara 6(3) berikutan situasi politik
Kota Kinabalu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 yang melarang wakil rakyat melompat parti.

Rang Undang-undang itu mendapat sokongan melebihi majoriti dua pertiga ahli dewan selepas ia bentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis, dengan 75 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong manakala empat Adun tidak hadir.

Advertisement
Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Negeri Sabah, sebarang pindaan terhadap Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti lebih dua pertiga daripada Adun Sabah pada bacaan kedua dan ketiga usul tersebut. 

Pada bacaan kali kedua rang undang-undang itu, Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) bangun mencadangkan supaya undi belah bahagian bagi Fasal 2 rang undang-undang tersebut, iaitu fasal itu bertujuan menggugurkan Perkara 6 (7) dalam Perlembagaan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Empat fasal dalam rang undang-undang itu diluluskan dengan suara terbanyak, manakala undi belah bahagian bagi Fasal 2 itu disokong 61 Adun yang bersetuju Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri digugurkan, 14 Adun tidak bersetuju, manakala empat Adun tidak hadir.

Bagi bacaan ketiga rang undang-undang itu, seramai 75 Adun menyatakan sokongan manakala empat Adun tidak hadir.

Advertisement
Hajiji ketika menggulung perbahasan usul itu berkata rang undang-undang itu bertujuan menggugurkan Perkara 6(7) dalam Perlembagaan Negeri Sabah adalah kerana ia tidak lagi selaras dengan kehendak di bawah Perkara 6(3) berikutan situasi politik semasa.

Perkara 6(3) antara lain merujuk tentang Yang Dipertua Negeri Sabah melantik seorang Ketua Menteri yang merupakan seorang Adun negeri yang pada pertimbangannya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

Advertisement
Perkara 6(7) pula merujuk sebuah parti politik yang memenangi kerusi majoriti pada pilihan raya, ketua parti itu merupakan seorang ADUN Sabah yang mempunyai kemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan. 

Menjelas lanjut, Hajiji berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, tiada sebuah parti politik yang memperoleh majoriti untuk mentadbir negeri dan sejak itu kerajaan negeri ditadbir oleh gabungan parti politik.

“Tiada mana-mana parti menang kerusi majoriti dan kerajaan negeri jadi tergantung atau ‘hung government’, terjadi di negeri ini sejak 2018. Kerajaan negeri sejak 2018 adalah sebuah kerajaan gabungan, jadi ini tidak memenuhi kehendak Perkara 6(7) itu.

“Ini (pindaan) memudahkan TYT (Yang Dipertua Negeri Sabah) membuat keputusan mengikut budi bicara, siapa dapat sokongan majoriti itu dan ruang TYT memikirkan kalau sokongan (sebuah parti) tidak melebihi 50 peratus itu bagaimana kedudukan gabungan dan sokongan wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pindaan Perlembagaan pada Khamis tidak melibatkan Adun dilantik kerana mereka  tidak dipilih pada pilihan raya oleh rakyat dan tidak mempunyai kawasan yang diwakili.

“Ia lebih kepada sering diperkatakan prinsip wakil yang telah dipilih oleh rakyat itu mengekalkan kepercayaan yang diberikan kepada rakyat kepada mereka. 

“Maka pindaan ini melibatkan Adun yang dipilih rakyat dan bukan Adun dilantik,” katanya.

Sabah mempunyai seramai 79 Adun dengan 73 daripadanya dipilih manakala enam dilantik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here