Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Operasi lebih masa: Penjaga premis hiburan didenda RM5,000
Published on: Saturday, May 27, 2023
Published on: Sat, May 27, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Operasi lebih masa: Penjaga premis hiburan didenda RM5,000
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Hiburan Awam 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit
Kota Kinabalu: Seorang penjaga premis hiburan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menjalankan operasi premis itu melebihi masa dibenarkan.

Clement Lin mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan mengendalikan New Deluxe KTV di Kompleks Asia City di sini pada 2.50 pagi 15 Feb tahun ini.

Advertisement
Majistret Stephanie Sherron Abbie dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa sepasukan polis yang menjalankan Ops Noda pergi ke premis itu dan mendapati ia masih beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

Polis merampas peralatan muzik itu ketika Lin hadir kerana melanggar syarat lesen premis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Hiburan Awam 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 Ordinan sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 43 tahun dipenjara 24 bulan dan dikenakan tiga sebatan kerana memiliki 7.94 gram syabu.

Advertisement
Md Faizal Jammaludin mengaku memiliki dadah itu pada 7.30 malam 8 April tahun ini di sebuah unit di Taman Kendara, Jalan Kepayan/Nosoob, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit menjalankan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here