Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hadi dakwa ‘ada orang hubungi’, tawar sertai kerajaan
Published on: Saturday, May 27, 2023
Published on: Sat, May 27, 2023
By: FMT, Mohamad Fadli
Text Size:
Text:
Hadi dakwa ‘ada orang hubungi’, tawar sertai kerajaan
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa ada ‘pihak tertentu’ membuat tawaran kepada PAS menyertai kerajaan perpaduan, namun menegaskan parti itu perlu ‘memimpin’.
Kuala Lumpur: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi yang lebih berbanding parti lain.

Advertisement
Katanya, tetapi itu tidak berlaku kerana PAS hanya berfungsi untuk menyumbang peningkatan jumlah kerusi bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semata-mata.

“Ada orang hubungi saya…beberapa orang acap kali nak berjumpa dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad dan Syarahan Perdana di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam pada itu, Hadi berkata, PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.

Advertisement
“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin. Ini dia nak suruh macam kepala ular, kecil sahaja,” katanya.

Hadi juga berkata, beliau terbuka bertemu sesiapa sahaja termasuk Anwar.

Advertisement
Namun, menegaskan keterbukaaan itu mestilah tidak lari daripada prinsip, matlamat dan perjuangan PAS.

“Memang kita terbuka dengan sesiapa sahaja, terbuka tetapi mestilah tidak lari dengan konsep, prinsip, matlamat, dan perjuangan kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here