Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Politik murahan’, Anwar bidas pembangkang bangkit isu RUU 355
Published on: Saturday, May 27, 2023
Published on: Sat, May 27, 2023
By: FMT, Chia Wan Rou
Text Size:
Text:
‘Politik murahan’, Anwar bidas pembangkang bangkit isu RUU 355
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada perasmian Pesta Buku Antarabangsa 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas tindakan pembangkang membangkitkan isu pembentangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 dengan menyifatkannya sebagai “politik murahan”.

“Masa ada dalam kerajaan dia lupa. Bila jadi pembangkang dia bangkit.

Advertisement
“Itu bukan Islam namanya, itu ‘politik murahan’,” katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Pada 16 Feb lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa kerajaan memaklumkan status terkini RUU 355 sambil mempersoalkan bila akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ini kerana beliau mendakwa mendapat maklumat Jabatan Peguam Negara sudah meluluskan RUU itu untuk dibentangkan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata pindaan itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.

Advertisement
Naim berkata, ketika ini pihaknya sedang menyediakan kertas Jemaah Menteri.

Akta itu sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan Dewan Rakyat hujung Oktober lalu, namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Advertisement
Draf pindaan kepada akta itu yang dirujuk sebagai RUU 355 bagaimanapun sudah diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt lalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here