Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Sarawak untuk pembinaan landasan bagi perkhidmatan kereta api Trans-Borneo yang akan menyediakan rangkaian perkhidmatan kereta api melalui Borneo dan Kalimantan.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata pelaksanaan cadangan melibatkan tiga negara - Malaysia, Brunei dan Indonesia itu sudah pasti akan memberi impak besar kepada tiga wilayah Borneo dari segi pembangunan ekonomi, pelancongan, pekerjaan dan sektor pengangkutan.
“Kepantasan pembangunan di wilayah Kalimantan amat ketara berikutan cadangan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.
Advertisement





