Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kudat Classic juara kejohanan bola sepak terbuka Sabah Piala Raja Bola Veteran
Published on: Wednesday, May 31, 2023
Published on: Wed, May 31, 2023
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kudat Classic juara kejohanan bola sepak terbuka Sabah Piala Raja Bola Veteran
JUHARI, Nordin, Sarnoh (tengah) dan barisan penganjur bersama juara, Kudat Classic (duduk depan) dan pasukan D.Putra Melaka bergambar sebelum perlawanan akhir di Stadium Kompleks Sukan Sandakan.
SANDAKAN: Pasukan Kudat Classic muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Terbuka Sabah Piala Raja Bola Veteran anjuran Kelab Bola Sepak Sepinong FC bersama Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Sandakan di Stadium Kompleks Sukan Sandakan pada Ahad lalu.

Kemenangan diperoleh pasukan itu setelah menewaskan pasukan D.Putra Melaka menerusi sepakan penalti 3-2 selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada perlawanan akhir berkenaan. 

Advertisement
Selaku juara, Kudat Classic menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 beserta tropi kejohanan dan medal.

Manakala pasukan D.Putra Melaka yang berada di tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM7,000 beserta tropi dan medal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan Wira FC dari Kota Belud dan pasukan Otai Kota Marudu yang masing-masing menerima hadiah RM5,000 dan RM3,000 beserta medal.

Acara penyampaian hadiah, perasmian dan penutupan kejohanan itu disempurnakan oleh Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sukau yang juga Timbalan Pengerusi Jetama Water Sdn.Bhd, Datuk Juhari Janan.

Advertisement
Hadir sama, Pengerusi Penganjur Kejohanan yang juga Pengerusi Sepinong FC dan Timbalan Presiden Safa Sandakan, Nordin Damit dan Presiden Safa Sandakan, Sarnoh Losoh.

Ketika ditemui Media sejurus kejohanan itu, Juhari berkata, ini merupakan satu kejohanan yang baik kerana ia juga mampu menarik pasukan dari luar negeri Sabah iaitu Melaka dengan barisan pemain veteran yang masih bertenaga dan penuh semangat kesukanan.

Advertisement
Jelasnya, pemain veteran dari seluruh Sabah dan Melaka juga mampu menjadi ikutan kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam sukan bola sepak dimana Sandakan juga pernah melahirkan ramai lagenda bola sepak di negeri ini dan tidak mustahil sejarah juga boleh berulang semula.

Manakala Nordin berkata, ini merupakan anjuran kejohanan kali kedua diadakan persatuannya itu dimana tahun ia mendapat lebih 70 penyertaan dan selepas tapisan, 32 bertanding pada kali ini.

Beliau merakam penghargaan kepada semua terlibat menjayakan program ini.

“Pada masa akan datang, kita akan buka lagi banyak penyertaan sehingga 40 pasukan,” jelasnya.

Sementara Sarnoh pada sidang media sama berkata, pihaknya juga bangga dengan usaha pihak penganjur utama kejohanan ini yang telah menarik banyak pasukan bertanding.

“Kita di peringkat Safa Sandakan juga akan mengadakan beberapa program untuk pembangunan bola sepak di daerah Sandakan,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here