Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar sudah bina 29,218 unit rumah kos rendah setakat ini
Published on: Thursday, June 01, 2023
Published on: Thu, Jun 01, 2023
Text Size:
Text:
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar sudah bina 29,218 unit rumah kos rendah setakat ini
Dr Joachim berkata harga rumah kos rendah adalah antara RM42,000 hingga RM55,000 seunit. 
LEMBAGA Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah setakat ini telah membina 29,218 unit rumah kos rendah di seluruh negeri dan lebih banyak sedang dibina, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 25 Mei. 

Beliau berkata sebanyak 175 unit rumah kos rendah lagi sedang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Advertisement
“Pembangunan rumah kos rendah berkenaan adalah di bawah agensi kerajaan negeri melalui program pembinaan rumah di atas tanah sendiri melalui Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) serta Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) dikendalikan oleh pihak LPPB,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Raime Unggi (Adun Dilantik) yang bertanya mengenai usaha kerajaan untuk menangani masalah pembinaan rumah kos rendah yang kian berkurangan oleh pihak pemaju akibat kenaikan kos bahan binaan di Sabah.

Dr Joachim berkata harga rumah kos rendah adalah antara RM42,000 hingga RM55,000 seunit. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Berikutan peningkatan kos bahan mentah dan kadar harga rumah, pihak swasta tidak berminat untuk membina rumah tersebut. 

“Pelaksanaan program rumah kos rendah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan sama ada daripada kerajaan negeri atau persekutuan,” katanya.

Advertisement
Beliau menambah peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan rumah kos rendah adalah melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa yang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), Program Perumahan Penjawat Awam (PPAM) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Katanya walaupun pelbagai insentif dan galakan telah diberikan kepada pemaju perumahan untuk membina rumah kos rendah, ramai yang lebih cenderung untuk membina rumah mampu milik, kos sederhana dan tinggi bagi memaksimakan keuntungan.

Advertisement
“Pihak kerajaan akan meneliti alternatif terbaik untuk menggalakkan pemaju perumahan swasta ini terlibat sama di dalam program pembangunan perumahan awam kos rendah ini walaupun diketahui sambutan yang akan diterima nanti tidak menggalakkan atas sebab keuntungan yang rendah,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
sabahmovingforward
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here