Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rakyat boleh mohon terus projek infrastuktur kecil kepada Kementerian Ekonomi: Rafizi
Published on: Thursday, June 01, 2023
Published on: Thu, Jun 01, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rakyat boleh mohon terus projek infrastuktur kecil kepada Kementerian Ekonomi: Rafizi
SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi. 

Menterinya Rafizi Ramli berkata sistem permohonan itu kini dalam persediaan akhir dan kementeriannya akan menerangkan secara lanjut mengenai bentuk permohonan projek yang dibenarkan serta syarat yang berkaitan apabila diperkenalkan nanti. 

Advertisement
Menurutnya, apabila dilancarkan nanti rakyat tidak perlu lagi melalui proses permohonan yang berlapis yang biasanya mengambil masa panjang untuk diluluskan. 

Rafizi berkata, peluang itu turut dibuka bagi memberi ruang kepada rakyat memberi input dan cadangan pembangunan kepada kerajaan yang kemudian akan dipadankan dengan perancangan jabatan berkaitan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi bersama-sama Kerajaan Selangor, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

“Kita mulakan dahulu dengan projek kecil kerana biasanya ianya tidak dirancang oleh kerajaan, yang tahu ia wujud hanya wakil rakyat sahaja. 

Advertisement
"Dapat atau tidak (peruntukan permohonan), ia kena melalui proses. Kita kena bekerjasama dengan pejabat daerah dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, langkah tersebut juga merupakan situasi menang-menang dan seterusnya memudahkan wakil rakyat kerana permohonan boleh dilakukan terus kepada Kementerian Ekonomi.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here