Kota Kinabalu: Dato’ Sri Dr Ruddy Awah dipilih sebagai presiden Kelab Golf Kudat semasa mesyuarat agung tahunannya pada 27 Mei lalu untuk memilih jawatankuasa baharu bagi tempoh 2023-2025.
Jawatan timbalan presiden pula dipegang oleh Mahadir Abd Kassim dan naib presiden ialah Idrus Berahim @Ibrahim.
Bobbie Chin Kah Khing mengambil lilitan kapten dan Ismail Julsali sebagai naib kapten, manakala setiausaha kehormat adalah Rosley Musteri @Mustireh dengan Poon Foo On sebagai timbalannya, dan jawatan bendahari kehormat disandang Aziz Hj Bakar.
Lima ahli jawatankuasa yang baharu dipilih adalah Adaman Mansaded, Quincy Poong Gui Cheng, Sharif Khairuddin Syarif Edris, Hj Sh. Zainal Abiddin Sh.Sheh dan Shamsuddin Erang dengan dua lagi akan dilantik kemudian.