Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Safa berjaya lahirkan 72 jurulatih lesen D, 39 jurulatih akar umbi dalam dua tahun
Published on: Saturday, June 03, 2023
Published on: Sat, Jun 03, 2023
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Safa berjaya lahirkan 72 jurulatih lesen D, 39 jurulatih akar umbi dalam dua tahun
Kota Kinabalu: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berjaya melahirkan seramai 72 jurulatih berkelulusan lesen D dan 390 jurulatih akar umbi di seluruh negeri dalam tempoh dua tahun.

Pengarah teknikalnya Omar Maya Amat (gambar) yang merupakan pengajar kejurulatihan lesen D berkata kursus yang diadakan di pelbagai daerah sepanjang tempoh itu dianjurkan Safa dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Advertisement
“Jumlah jurulatih berlesen D dan jurulatih akar umbi yang berjaya kita lahirkan amat penting bagi menjayakan program pembangunan bola sepak di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, 15 jurulatih penjaga gol selain 44 jurulatih futsal tahap satu dan 20 jurulatih futsal tahap dua turut dilahirkan Safa sepanjang tempoh dua tahun itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami berhasrat melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah bagi memastikan program pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan termasuk kursus peringkat tinggi seperti lesen B, tetapi kami perlu memberi keutamaan kepada lesen D dan akar umbi di peringkat awal ini,” katanya.

Beliau juga berkata Safa telah berjaya menganjurkan banyak kejohanan di negeri ini sejak dua tahun lalu termasuk kejohanan bola sepak Piala BMR bawah 18 tahun, kejohanan Piala Ketua Menteri, liga bola sepak wanita kebangsaan Sabah dan Piala Samor B11 dan B12.

Advertisement
“Kami akan meneruskan program dan aktiviti kami untuk memastikan sukan ini akan terus berkembang supaya lebih ramai pemain berkualiti dapat dihasilkan pada masa hadapan,” tambahnya.

Sementara itu, Omar juga merupakan salah seorang daripada empat jurulatih akar umbi di negeri ini yang dilantik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Andrew Weddy Majanggim, Hilary John Baptist dan Petronella Downy.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here