Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Wanita terperangkap banjir kilat, kereta tenggelam hingga bumbung
Published on: Sunday, June 04, 2023
Published on: Sun, Jun 04, 2023
By: FMT
Text Size:
Text:
Wanita terperangkap banjir kilat, kereta tenggelam hingga bumbung
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya ditenggelami banjir kilat, pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang wanita terselamat selepas terperangkap  kira-kira lima minit dalam keretanya yang tenggelam hampir mencecah paras bumbung, akibat banjir kilat di Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

Kejadian itu disedari orang awam sebelum mereka membantunya keluar dari kenderaan.

Advertisement
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.44 pagi.

Katanya, mereka kemudiannya menghantar sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang yang bergegas ke lokasi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bomba menerima maklumat berlaku limpahan air di lokasi itu pada kedalaman anggaran 1.3 meter yang mana terdapat sebuah kenderaan terperangkap di kawasan banjir kilat berkenaan.

“Didapati sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita berumur 57 tahun tersekat di dalam limpahan air itu.

Advertisement
“Pemandu wanita berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Mohamadul Ehsan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya tenggelam.

Advertisement
“Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir kilat sudahpun surut,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here