Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
15 acara sempena hari jadi TYT
Published on: Sunday, June 04, 2023
Published on: Sun, Jun 04, 2023
Text Size:
Text:
15 acara sempena hari jadi TYT
Joachim memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan yang pertama di bangunan Wisma Innoprise. Sebanyak 15 acara termasuk dua yang baharu iaitu Pameran Interaktif Digital Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) dan Malam Ilmuan Islam.
Kota Kinabalu: Sebanyak 15 acara termasuk dua yang baharu akan diadakan sempena perayaan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. 

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam memaklumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan yang pertama di bangunan Wisma Innoprise, di sini, pada Jumaat. 

Advertisement
Katanya, dua acara baharu itu ialah Pameran Interaktif Digital Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) dan Malam Ilmuan Islam. 

Beliau menambah, acara lain ialah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa; Istiadat Perbarisan, Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Kebesaran Negeri Sabah, Majlis Jamuan Negeri, Majlis Sanjungan Kasih, konvoi bermotosikal berkuasa tinggi PDRM bersama Tuan Yang Terutama, Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-kanak Istimewa dan Anak-anak Yatim, Berbasikal Bersama TYT, Majlis Perasmian Pameran Khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’, Majlis Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Perdana Tahunan Negeri Sabah, Kejohanan Golf Amal TYT, Majlis Sambutan Hari Etnik dan Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Urusetia Jawatankuasa Induk terdiri daripada kakitangan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, selaku Ketua Urusetia, Faridah Giau. Mesyuarat pada Jumaat membincangkan cadangan acara sambutan perayaan dan agihan tugas.
Advertisement
Hadir sama, Pembantu-pembantu Menteri KKTP yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa iaitu Datuk Isnin Aliasnih dan Mohamad Hamsan Hj Awang Supain, serta Setiausaha Tetap yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk, Datuk Dr Jamili Nais. Turut hadir, ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Persekutuan Sabah, Mayor, Bandaraya Kota Kinabalu; Pesuruhjaya Polis, PDRM Kontinjen Sabah, Panglima Lima Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri serta Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Advertisement
Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Pembangunan dan Keusahawanan, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Setiausaha Tetap kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Setiausaha Sulit keparat TYT, Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri serta jabatan-jabatan kerajaan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here